Monday, June 21, 2010

Kalam

Sesungguhnya segala puji milik Allah,kami memujiNya,memohon pertolongan dan ampunan kepadaNya.Kami berlindung kepada Allah dari pelbagai kejahatan dalam diri kami.Selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada nabi serta keluarga,para sahabat dan pengikutnya yang lurus hingga hari kiamat.


Salam perkenalan pembuka bicara,hati yang sedang bercampur-baur dengan pelbagai perasaan mungkin akan mampu dirungkaikan dengan bait-bait kalimah yang lahir dari hati kerana sesungguhnya apa yang lahir dari hati,akan jatuh ke hati.Apa yang lahir dari nafsu,akan turun ke nafsu jua.


Blog ini dicipta untuk mengajak pembaca menyusuri kalimah-kalimah yang diluahkan oleh penulis blog yang padat dengan dosa.Doa saya agar penulis serta pembaca akan mendapat ketenangan hati dan semangat diri.Moga blog ini juga akan melembutkana hati-hati yang sedang dilanda ancaman dunia yang terlalu fana.




Al-jauzi berkata,

"aku melihat menyibukkan diri dengan fiqah dan dengan mendengar hadis tidak cukup untuk merawat hati melainkan ilmu itu digabungkan dengan perkara-perkara yang melembutkan hati dan membaca cerita sejarah orang soleh."


Saya percaya lembutnya hati insan itu adalah kombinasi dari tiga unsur yang paling utama,

akidah
syariah(fekah)
ihsan(tasawuf)



Moga kita berjaya meneruskan perjalanan menuju Allah.Geram saya apabila diri ini sering melanggar batas-batas yang telah dibina.Saya percaya dengan iltizam yang teguh,kita mampu berada di jalan ini.Justeru itu,saya membina blog ini agar diri ini serta diri sahabat teguh di landasannya.


Salam perjuangan wahai bakal-bakal jenazah!